Posts

Showing posts from May, 2009
Image
Jejari Keledek keledek dikupas dan dipotong panjang tepung beras garam sedikit kapur makan bancuh semua dan masuk keledek dan goreng
Image
Kek Batik Bahan-bahanya 600gm roti merry dipatahkan 4 3/4 cawan susu sejat manis 1 gelas air ( jika kantan bagi lebih sikit senang nak lekatkan roti nanti ) 1 cawan milo 2 biji telur 1 ketul buttercup Cara-caranya buttercup dicairkan , kemudian masukkan air , milo , telur dan susu apabila mendidih masukan roti merry kacau sebati tutup api dan masukkan bahan yang telah dimasak ke dalam loyang dan tekan bagi padat dan rata. sejukkan dalam peti ais dan boleh dihidangkan.
Image
Puding Jagung Bahan-bahanya *. 1 cawan tepung kastad *. 1 cawan jagung manis 3/4 cawan gula 3 cawan air 1 1/2 cawan susu cair / susu segar Cara-cara Campurkan semua bahan diatas kedalam periuk dan kacau diatas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat, angkat sejukkan dalam loyang dan boleh dimakan.
Image
Sotong Kangkung Bahan fish ball fish cake tauhu Digoreng Sotong Rendam kangkung telur rebus kacang yang telah digoreng dan ditumbuk kasar bijan yang telah digoreng selain semua bahan ...masih boleh ditambah jika ada yang mahu bebola ketam or sebagainya cara semua barang diatas dicelur /direbus kecuali tauhu , kacang dan bijan kuah Bahan sedikit belacan sedikit otak udang 5 biji cili padi diblender bersama belacan dan sedikit air ( ikut suka nak pedas tambah lagi ) gula kabung tepung jagung untuk memekatkan kuah. garam Cara masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak kecuali tepung jagung,apabila cukup rasa dan sebati semua , bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan dalam periuk tadi. kacau dan biarkan mendidih . dan boleh dihidangkan bersama bahan2 diatas.
Image
Sup Makaroni Bahan isi ayam kentang dipotong kecil lobak merah bunga kobis makaroni rempah sup or / kuib ayam Cara Masukkan semua kedalam periuk dan masak kecuali makaroni, apabila semua dah masak masukkan makaroni dan biarkan mendidih dan masak ..boleh dihidangkan. Sambal sambal kicap cili padi diblender bersama gula dan kicap hingga hancur. sambal merah cili kering bawang merah gula garam air asam minyak cara bawang dan cili diblender halus ditumis kedalam minyak yang panas, masukkan gula , garam dan air asam masak sehingga kering dan pecah minyak . *. sambal ini perlu sedikit manis baru best
Image
Mee Kicap bahan: mee kuning, cabai kering udang kering bawang merah bawang putih sayur ( ikut suka ) kantan masukkan sayur hijau, lobak merah, tomato isi ayam, udang dan sotong tepung jagung kicap,garam,gula bawang goreng untuk hiasan dan tambah perisa cara membuatnya cabai kering blend bersama udang kering dan bawang merah, putih dan tumiskan , masukkan isi ayam, udang , sotong, masukkan sayur, kicap, garam, gula tepung jagung untuk memekatkan kuah . kuah masak masukkan mee dan boleh dihidangkan,