Monday, July 23, 2012

Agar-agar roti

Bahan :

1 peket agar - agar
7 cawan air
gula - ikut manis
1 tin susu cair ( teman guna susu segar je )
7 keping roti - guna kulit roti sekali
1 biji telur
4 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila ( teman guna esen rose)

Cara membuatnya :

Roti ,susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender hingga halus.
Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 7 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur .
Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.
Bahagikan ke4 bahagian dan masukkan warna tiap2 bahagian tu. Kacau rata.
Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.

Saturday, May 19, 2012





MEE REBUS UDANG


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau nipis secukupnya
  • Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
  • Hirisan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
  • 250 g udang sederhana besar 
  • BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar *
  • 1/2 cm halia*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
  • garam , gula
  • lobak merah (optional)
  • 1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara

  1. Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang.
  2. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat.  Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
  4. UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan



Thursday, May 17, 2012





Kuih Cara Manis


  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

Wednesday, May 02, 2012

ROTI JALA

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 cawan air
2 sudu susu cair
sedikit garam
2 sudu tepung kastard  ( pilihan ) x bubuh pun.

cara:-

Blender semua bahan... guna acuan kiraikan dikuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak. setelah masak angkat gulung @ lipatkan.  boleh dihidangkan bersama kuah kari atau kuah manis.

Monday, April 23, 2012

TIRAMISU

Bahan A

Biskut tiramisu
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli 
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko

Cara
  1.  Pukul keju dan gula sehingga gebu.
  2. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
  3.  Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
  4. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
  5.  Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
  6. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
  7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

NOTA:
adunan ini memang agak moist dan lembut.. so kena makan secara scooping gitu..
tapi memang sedappp..





DEVIL CHOCOLATE CAKE
sumber : Koalajepong

Bahan-bahan:-
1 cawan tepung
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sk bicarbonate soda
1/4 sk garam
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan brown sugar
65 gm butter
1 biji telur gred A
1 sk esen vanilla
1/4 cawan buttermilk- (homemade - 1/4 cawan susu segar + 1/2 sk cuka, biarkan selama 20 minit)
1/2 cawan air suam

Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada 170'C dan sediakan tin pembakar (saya guna loyang bulat saiz 8inci).
2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bicarbonate, dan garam. Ketepikan.
3. Pukul butter dengan gula hingga ringan dan kembang. Tambahkan telur.
4. Bila semua dah sebati, masukkan bahan ayak dan bahan basah (buttermilk + air suam) dalam 3 bahagian, kemudian masukkan vanilla.
5. Tuang dalam tin pembakar dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125 g Philadelphia cheese - saya guna 83gm
63 gm butter - saya guna 42gm
1/4 cawan gula icing - 42gm
1/2 sk esen vanilla
Sedikit jus lemon - saya tk letak

Pukul cheese dan butter hingga berkrim. Tambahkan gula icing, vanilla dan jus lemon. Kalau ikut resepi asal, mmg akan ada berlebih. Sebab tue saya kurangkan kandungan bahan.

Chocolate Ganache
100 ml double cream with at least 30% fat content- saya guna whippping cream sebyk 67ml
125 gm dark chocolate- cincang (saya guna 83gm)
Sedikit garam - saya tk letak
1 sudu kecil minyak jagung - saya tambah

Dengan cara double boiling, panaskan krim hingga hampir mendidih. Tambahkan dark chocolate dan garam dan dikacau hingga coklat cair (saya tambah minyak jagung). Angkat dari dapur dan teruskan mengacau hingga elok sebati.

Monday, January 30, 2012

kebab daging

Bahan A
  • roti pita potong dua.
  • sedikit daun salad
  • sedikit mayonis
  • sedikit sos cili

satukan mayonis dan cili sapu ke dalam roti pita.. masukkan daun salad .. dan masukkan inti yang telah dimasak.

Bahan B

  • daging kisar
  • timun dipotong memanjang
  • carrot dipotong memanjang
  • tomato dipotong dadu
  • sedikit minyak utk tumis
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • cili sos

panaskan minyak...tumis bawang putih hingga garing, masukkan daging kisar yang telah dibersihkan. daging masak ..masukkan carrot , timun tomato dan cili sos masak sehingga semua nya masak d agak kering.

hidangan : dihidang kedalam roti pita.

Kentang Bakar Berkeju

  • kentang
  • lada hitam
  • chese cheddar

kentang dipotong ikut suka potong mcmana pun boleh....digaul bersama parutan chese dan lada hitam dan dibakar seketika sehingga kentang masak.

Sos pencicah

cili sos dan moyonis disatukan


deco...mmg hancus yee... kena g kursus lum berkesempatan lagi...

Kek Carrot Walnut

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - letak 1 st
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)- tak letak
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara
Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi. dah sejuk leh topingkan.

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

masukkan semua bahan dalam mixer ..putar hingga kembang dan sapukan...
untuk warna asingkan dan buh la setitik dua pewarna yang nak selesai leh deco ikut citarasa.
Kek Cream Crackers Kukus

Bahan-bahan ( 1 biji (sedang2 je) )

250g butter
170g gula castor
200g cream crackers (dikisar halus)
5 biji telur (kiter letak 3 biji je)
1 sudu besar serbuk koko (kiter guna emulco coklat)

Cara-cara

Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur (sebiji-sebiji) dan pukul lagi
Setelah sebati, masukkan cream crackers yang telah dikisar halus dan gaul sebati
Bahagi adunan kepada 2. Tambahkan serbuk koko ke dlm salah satu adunan
Sapu loyang dengan sedikit mentega/minyak (ohh..terlupa nak bagitau.. kukus kena sediakan awal2.. macam biasa la ^.^)
Boleh la tuang adunan ke dlm loyang (ikut suka nak mula dgn yang putih atau coklat)
Kukus setiap lapisan selama 5 minit (kalau guna loyang besar, lapis tu mungkin nipis, so kukus dlm 3 minit)
Buat la sampai adunan habis

Wednesday, September 07, 2011



TAT Buah Jambu

Bahan
250 gm planta
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
pewarna merah

bahan hiasan
bunga cengkih secukupnya untuk menjadi tangkai buah

Cara.
1. Gaulkan planta dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan tangan bentukkan bulatan
6. Kepalkan jem nenas
7. Letakkan jem nenas ditengah adunan dan bentukkan menjadi buah jambu
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Manik ( resepi dari makwa ) biskut kegemaran nie

bahan -bahan,

1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 cawan planta
1 cawan gula pasir/blender halus
1 sudu baking powder

Cara

pukul planta + gula hingga kembang masukkan telur, kacau hingga kembang masukkan tepung jagung , tepung gandum & baking powder sedikit esen rose. kacau sebati.

masukkan dalam dulang yang 4 segi yang membentuk acuan seperti diatas. bakar oven 160 darjah selama lebih kurang 30 minit.


bahan :

coklat
badam dipanggang jab
sebarang jenis hiasan..sama ada badam cincang or coklat putih or gula-gula manik warna warni
paper cup

cara:-

kurma dibuang biji digantikan badam, coklat dicairkan dicelup kurma tadi masukkan dalam cup dan dihias..sejukkan dah siap