SERONDING UDANG

Bahan-bahan

1 kilo Udang hidup (dikopek kulitnya)
1 biji Kelapa (dibuang kulit dan diparut)
6 batang Lada merah
3 ulas Bawang putih
6 biji Bawang kecil
½ inci Halia
2 batang Serai
½ inci Lengkuas
20 biji Lada padi
1 helai Daun kunyit
1 ibu jari Kunyit hidup Beberapa helai daun limau Sedikit belacan, garam dan gula pasir Beberapa helai daun pisang

1. Udang dibersihkan dan dibahagi dua, sebahagian dikisar dan sebahagian lagi dibiarkan. 2. Kelapa dikisar bersama udang sehingga halus. 3. Lada merah, bawang kecil, bawang putih, halia, lenghkuas, serai, kunyit dan belacan dikisar hingga halus. 4. Satukan bahan bahan yang dikisar dan masukkan udang yang sebahagian lagi bersama daun kunyit, lada padi, daun limau, garam, gula dan gaul sehingga rata.5. Daun pisang dikerat, masukkan bahan bahan diatas dan bungkus seperti tapai hingga habis lalu dikukus. 6. Sedap dimakan bersama nasi atau roti.

UDANG GORENG TEPUNG


500 g udang sederhana, dikupas tinggal ekor
300 g tepung gandum
3 camb tepung jagung
2 biji putih telur, dipukul hingga kental/keras
*230-250 ml air
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Ayak kedua-dua jenis tepung. Masukkan garam dan tuangkan air sambil dipukul dengan pemutar belon (balloon whisk) hingga adunan sebati (seperti membuat cucur). Kaup balikkan putih telur perlahan-lahan ke dalam adunan tadi supaya gelembung udara kekal di dalamnya. Panaskan minyak yg banyak, celup udang ke dalam adunan dan goreng terendam hingga keperangan. Angkat dan tuskan minyaknya. Sajikan dengan sos cili.
Nota: Pastikan pemutar letrik dan mangkuk bersih (bilas dengan air mendidih dan lap dengan tuala bersih) kerana putih telur tidak akan kental elok jika ada sebarang minyak.

Sambal Udang

Bahan-Bahan:

Udang besar 1 kilo Bawang besar 2 biji Cili kering 7 tangkai Belacan secubit
Bawang besar setengah biji, dihiris Air asam jawa satu mangkuk

Cara:

1.Bersihkan udang. Potong ekor dan kepala. 2.Bawang besar, cili kering dan belacan dimesin sehingga lumat. 3.Panaskan minyak. 4.Masukkan cili yang dimesin bersama udang. 5.Goreng sehingga udang masak dan cili garing. 6.Taburkan hirisan bawang. 7.Sedia untuk hidangan.

Sambal Udang Istimewa

Bahan-Bahan:

½ kg udang, sederhana besarnya
5 camca besar cili boh atau cili serbuk
4 ulas bawang putih
½ cawan air asam jawa
1 camca besar gula
¼ cawan minyak
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 camca kecil garam
5 helai daun limau purut

Cara:

Kisar bawang besar, bawang putih dan serai hingga lumat. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama cili boh hingga wangi. Masukkan air asam jawa dan garam. Kacau hingga rata. Apabila pecah minyak, baru masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan daun limau purut dan gula. Kacau hingga rata. Setelah cukup masak baru angkat dan hidangkan.

Udang Bercili Bahan:

1 kg udang sederhana, dibersihkan dan dipotong sedikit kepala udang Bahan kisar:
15 biji bawang kecil
5 biji bawang putih
10 g halia muda
20 tangkai cili kering, direbus
10 g belacan
10 g kunyit hidup
10 g asam jawa, dicampur dengan ? cawan air dan jadikan air asam jawa.
Sedikit garam

Cara membuat:

1. Sebelum itu, udang hendaklah digaul dengan garam dan kunyit hidup.
2. Panaskan setengah liter minyak di dalam kuali.
3. Apabila minyak panas, goreng udang. Setelah udang masak angkat dan sejat.
4 Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan.
5. Kemudian campurkan udang bersama bahan tumis.
6. Gaul sehingga sebati dan masukkan garam secukup rasa. Pastikan kuahnya sedikit kering.

Udang Mentega – Udang

Bahan-bahan

20 ekor udang sayuran1/2 sudu besar planta mentega15 hiris daun kari
2 sudu besar susu cair1 sudu besar cili (dihiris)

Cara Menyediakan

1. Panaskan kuali dan masukkan mentega, daun kari dan tumiskan hingga berbau wangi.2. Masukkan udang sayuran dan goreng hingga betul-betul masak3. Akhir sekali masukkan susu dan goreng hingga hampir kering4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


CLAYPOT UDANG

Bahan-bahan yang diperlukan
:8 ekor udang besar
10 gm akar ketumbar
Sedikit lada putih
1 bungkus tanghoon direndam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar planta

Cara-cara membuatnya:

1. Udang dibersihkan.
2. Akar ketumbar dan lada putih dikisar.
3. Masukkan sos tiram, planta, garam dan ajinamoto secukup rasa.
4. Masukkan udang, tanghoon dan sedikit air.
5. Angkat apabila ia telah mendidih.

MANGGA UDANG SAUS SALAD

Bahan :2

buah mangga harum manis kupas dipotong dadu
200 gr pepaya matang dipotong dadu
60 gr paprika merah dipotong dadu
100 gr kacang polong yang sudah matang
200 gr udang pancet direbus dan buang kulitnya
50 gr paprika hijau dipotong dadu
100 gr nelley mayonnaise atau 3 sendok makan
1 sendok teh garam
3 buah jeruk lemon peras dan ambil airnya

CARA MEMBUAT :

Campurkan semua bahan yang telah disiapkan aduk dengan mayonnaise hinggamerata dan siap untuk dihidangkan.

Comments

Popular posts from this blog