Posts

Showing posts from 2009
Image
APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT Bahan A [Ayakkan] 2 cawan tepung gandum 2 s/b serbuk koko 1 s/k soda bikarbonat 1 s/k baking powder Sedikir garam Bahan B 1 cawan pisang emas/berangan lecek 1 cawan minyak 11/2 cawan gula perang 2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu] bahan B ni aku masuk dalam blender , blen sampai sebati Cara 1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk. 2. Masukkan bahan B dan kacau rata. 3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.
Image
Kerabu IKan Bilis Ayam Bahan-bahan ikan bilis digoreng ayam dipotong dadu d direbus cili padi asam limau garam gula daun sup daun bawang bawang besar kalau ada bunga kantan best gak sedikit air rebusan ayam cara gaul semua dan hidangkan
Image
BISKUT SAMPRIT Bahan 225 gm butter 110 gm gula ising 1 biji kuning telur 1/2 s/k esen vanilla 70 gm tepung jagung 120 gm tepung kastad 170 gm tepung gandum ceri merah sebagai hiasan Cara 1. Gaulkan butter dan gula ising sebati. 2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata. 3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit. 4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang. 5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan. 6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit. 7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.
Image
BISKUT COKLAT CIPS RANGUP Bahan A 250 g butter 160 g gula halus 1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla Bahan B [gaul rata] 230 g tepung gandum] 20 g serbuk koko ] ayakkan 100 g coklat cips 50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice] 50 g badam cincang [roasted] 50 g nestum Cara 1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. 3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu. 4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang. 5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. 6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara
Image
Popia Resepi Bonda Bahan-Bahan Popia 2 or 3 biji bawang putih ditumbuk halus 2 sudu kecil jintan putih , guna serbuk je senang sedikit sos tiram sedikit minyak 2 batang lobak merah dihiris halus dan toskan 1 biji ubi sengkuang dihiris halus dan toskan sedikit bawang goreng sebiji telur digoreng dadar dan dipotong halus. garam secukup rasa kulit popia Cara : Panaskan minyak, tumis bawang dan jintan tadi masuk garam , masuk lobak merah dan sengkuang , masak hingga masak dan kering air. angkat biar sejuk masukkan telur dan bawang goreng kacau hingga rata. boleh dibalut dengan kulit popia tadi dan boleh di frozen kan.
Image
Batang Buruk Nestum Bahan-bahan * 1 paket kulit popia * 1/2 cawan gula kastor * 1 1/4 cawan nestum * minyak utk menggoreng * sedikit air Cara-cara 1. buka kulit popia sekeping, dan gulung atau mudahkan potong empat dan gulung . Kemudian tampal dengan air di hujung. 2. gunting pendek kulit popia yang digulung. ulang sampai habis. 3. Jemur sampai kulit popia tu kering dulu baru goreng . ( hari tu aku buat petang sampai sahur hari kedua baru betul kering . Kulit popia niee kena betul2 kering dan x lembab untuk digoreng kalau tak terus melekat x da ruang nak buh nestum nanti. 3. goreng sehingga garing. angkat dan toskan. 4. gaulkan gula kastor dan nestum guna blender kering dan blender halus . Kemudian gaulkan popia yang digoreng tadi bersama nestum dan gula..masukkan ke ruang yang kosong dengan serbuk nestum . 5. dah siap...bolehlah dimakan.
Image
Jejari Keledek keledek dikupas dan dipotong panjang tepung beras garam sedikit kapur makan bancuh semua dan masuk keledek dan goreng
Image
Kek Batik Bahan-bahanya 600gm roti merry dipatahkan 4 3/4 cawan susu sejat manis 1 gelas air ( jika kantan bagi lebih sikit senang nak lekatkan roti nanti ) 1 cawan milo 2 biji telur 1 ketul buttercup Cara-caranya buttercup dicairkan , kemudian masukkan air , milo , telur dan susu apabila mendidih masukan roti merry kacau sebati tutup api dan masukkan bahan yang telah dimasak ke dalam loyang dan tekan bagi padat dan rata. sejukkan dalam peti ais dan boleh dihidangkan.
Image
Puding Jagung Bahan-bahanya *. 1 cawan tepung kastad *. 1 cawan jagung manis 3/4 cawan gula 3 cawan air 1 1/2 cawan susu cair / susu segar Cara-cara Campurkan semua bahan diatas kedalam periuk dan kacau diatas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat, angkat sejukkan dalam loyang dan boleh dimakan.
Image
Sotong Kangkung Bahan fish ball fish cake tauhu Digoreng Sotong Rendam kangkung telur rebus kacang yang telah digoreng dan ditumbuk kasar bijan yang telah digoreng selain semua bahan ...masih boleh ditambah jika ada yang mahu bebola ketam or sebagainya cara semua barang diatas dicelur /direbus kecuali tauhu , kacang dan bijan kuah Bahan sedikit belacan sedikit otak udang 5 biji cili padi diblender bersama belacan dan sedikit air ( ikut suka nak pedas tambah lagi ) gula kabung tepung jagung untuk memekatkan kuah. garam Cara masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak kecuali tepung jagung,apabila cukup rasa dan sebati semua , bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan dalam periuk tadi. kacau dan biarkan mendidih . dan boleh dihidangkan bersama bahan2 diatas.
Image
Sup Makaroni Bahan isi ayam kentang dipotong kecil lobak merah bunga kobis makaroni rempah sup or / kuib ayam Cara Masukkan semua kedalam periuk dan masak kecuali makaroni, apabila semua dah masak masukkan makaroni dan biarkan mendidih dan masak ..boleh dihidangkan. Sambal sambal kicap cili padi diblender bersama gula dan kicap hingga hancur. sambal merah cili kering bawang merah gula garam air asam minyak cara bawang dan cili diblender halus ditumis kedalam minyak yang panas, masukkan gula , garam dan air asam masak sehingga kering dan pecah minyak . *. sambal ini perlu sedikit manis baru best
Image
Mee Kicap bahan: mee kuning, cabai kering udang kering bawang merah bawang putih sayur ( ikut suka ) kantan masukkan sayur hijau, lobak merah, tomato isi ayam, udang dan sotong tepung jagung kicap,garam,gula bawang goreng untuk hiasan dan tambah perisa cara membuatnya cabai kering blend bersama udang kering dan bawang merah, putih dan tumiskan , masukkan isi ayam, udang , sotong, masukkan sayur, kicap, garam, gula tepung jagung untuk memekatkan kuah . kuah masak masukkan mee dan boleh dihidangkan,
Image
Sotong Sambal Berkacang Bahan-Bahan seekor sotong rendam dipotong ikut suka 20 biji cili kering dikisar halus bersama bawang 2 biji bawang besar garam & gula secukup rasa air asam jawa 1/2 cawan kacang goreng yang dikisar kasar sedikit minyak Cara Panaskan minyak, tumis cili dan bawang yang telah diblender halus, masukkan air asam, garam dan gula.. masak hingga pecah minyak masukkan sotong yang telah dipotong apabila telah masak dan cuku rasa masukkan kacang tadi biar mendidih dah hidangkan
Image
Sayur kacang buncis Bahan-bahan kacang buncis lobak merah udang kertas bawang besar & bawang putih utk tumisan
Image
Kuah Rojak Bahan-bahan:- 1/2 cawan sos cili 1/2 cawan sos tomato 1/2 cawan kicap pekat masin 20 biji cili kering di blend halus 1/2 cawan gula 1 cawan gula merah 1 camca besar pes otak udang 1/2 cawan air Bijan - digoreng tanpa minyak Kacang Tanah digoreng tanpa minyak dan blend kasar Cara : Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat kecuali kacang dan bijan. Bila kuah telah pekat masukkan bijan dan kacang goreng dan angkat. boleh dihidangkan bersama-sama buah yang sesuai.
Image
Bingka Ubi Kayu bahan-bahannya 3 cawan ubi kayu ( diparut dan letakkan dalam penapis supaya keluar air parutan tetapi jangan diperah ubi yang telah diparut tersebut ) 2 cawan santan 1/2 cawan gula @ 3/4 cawan gula nak manis pewarna kuning secubit garam majerin untuk disapukan pada loyang cara semua bahan dicampurkan sekali dan gaul sebati majerin disapu keliling loyang masukkan bahan dan bakar dalam suhu 180 darjah selama 1 jam lebih ( ikut resepi asal 45 minit tp dalam 45 minit bingka x garing lagi jadi kantan tambah 45 minit lagi baru ok )
Image
I made this video playlist at myflashfetish.com
Image
I made this video playlist at myflashfetish.com